Saturday, 4 March 2017



SEJARAH BANDAR TAWAU

Imej yang berkaitanSejarah Tawau tidak diketahui dengan jelas terutamanya sebelum tahun 1890-an. Bagaimanapun Tawau telahpun berpenduduk dengan sebuah perkampungan kecil nelayan dengan 200 orang penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Melayu keturunan Τidung dan Suluk sebelum tahun 1890 ( sebelum itu terdapat penempatan terawal masyarakat Melayu Islam Tidung di Kalabakan di bawah naungan Kesultanan Bolongan-Tarakan , penempatan masyarakat Tidung dan Suluk di Batu Tinagat serta penempatan masyarakat Bajau di Omadal, Semporna). Pada ketika itu Tawau berada di bawah kuasa Kesultanan Sulu. Dalam satu perjanjian yang termeterainya pada 22 Januari 1878, Kesultanan Sulu menyerahkan kawasan di persekitaran Tawau yang wujud masa kini kepada pihak Inggeris.Tawau menjadi sebahagian daripada kawasan jajahan orang-orang Inggeris iaitu melalui Syarikat (Berpiagam) Borneo Utara British (SBUB).
Untuk mengelak perselisihan faham dengan pihak Belanda yang memerintah Kalimantan pada masa tersebut (Tawau berkongsi sempadan di antara tanah jajahan Belanda dengan tanah jajahan Inggeris), pihak pemerintahan Inggeris telah mengambil langkah-langkah untuk menetapkan sempadan. Ini disebabkan sempadan asal bagi kawasan yang telah diserahkan kepada pihak Inggeris oleh kedua-dua Sultan Brunei dan Sultan Sulu ialah di bawah Sungai Sibuco berdekatan dengan Tarakan (Indonesia) yang mana kawasan tersebut termasuk di bawah pemerintahan Belanda yang ketika itu telah sedia ada menghuni di kawasan tersebut. Berikutan itu satu suruhanjaya Sempadan telah ditubuhkan pada tahun 1912 yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari United Kingdom dan Belanda.
Dengan wujudnya pemerintahan British di Tawau, pelbagai kemudahan telah disediakan seperti hospital, sekolah-sekolah, balai polis, rumah-rumah kedai, pelabuhan Tawau serta juga jalan raya dan jalan kampung yang dibina oleh PWD, sebuah jabatan kerajaan yang mana para pekerjanya adalah dari kalangan penduduk tempatan Tawau.

Hasil carian imej untuk sejarah tawau



MASJID BANDAR TAWAU PADA 1963. MASJID INI DIBINA OLEH SUKU KAUM BUGIS YANG BERNAMA AHMAD BIN DAING MAPATA.

Hasil carian imej untuk bangunan sejarah tawauPADANG BANDARAN TAWAU PADA TAHUN 1949


Hasil carian imej untuk bangunan sejarah tawau

SMK KUHARA PADA JANUARI 1967 YANG DIASASKAN OLEH EN. GEORGE WYATT

DUA MAKLUMAT KAMPUNG YANG TERDAPAT DI TAWAU

KAMPUNG TITINGAN

Pemandangan indah di Kampung Titingan pada waktu pagi.

Kampung Titingan merupakan antara kampung terawal yang didirikan di Tawau. Kampung ini turut dipanggil Kampung Ice-Box kerana pada 1970-an, banyak peti sejuk yang sudah tidak berfungsi diletakkan di tepi jalan berhampiran dengan sebuah kilang ais dalam kawasan kampung ini.] Selain itu, terdapat juga sebuah peti sejuk besar di kilang tersebut untuk memproses dan membuat ais batu.Kampung Titingan terletak lebih kurang 2.5 km dari Bandar Tawau dengan keluasan melebihi 7 hektar (17 ekar). Ia terletak di persisir laut yang dulunya merupakan kawasan paya bakau dan terletak berhampiran dengan Sungai Tawau.Kampung ini dibahagikan kepada tiga iaitu Kampung Titingan Pasir, Kampung Titingan Tengah serta Kampung Titingan Hujung. Setiap bahagian kampung terdiri daripada lorong-lorong kampung dan setiap lorong tersebut terdiri daripada beberapa blok.

KAMPUNG KALABAKAN

"Kalabakan" mendapat nama dari perkataan "kalap angkan" maksudnya "dapat makan" yang berasal dari bahasa suku kaum Tidong iaitu penduduk asal kampung ini. Kampung Kalabakan merupakan kampung tertua di sabah wujud sebelum merdeka lagi. Majoriti penduduk asal di kampung ini adalah suku kaum Tidong dan Murut. Sekarang ini ia diduduki oleh pelbagai bangsa dan suku kaum.Kalabakan ialah sebuah kawasan di daerah yang terletak di bahagian barat daerah Tawau. Jaraknya dari Bandar Tawau adalah kira-kira 106 kilometer.


TOKOH-TOKOH TEMPATAN DI TAWAU

Tokoh tempatan melayu

KEE ABDULLAH /  KEE KIM SWEE

Hasil carian imej untuk OKK Kee Abdullah
Nama sebenar OKK yang begitu berpengaruh memodenkan Tawau ini ialah Kee Kim Swee. Lahir pada 1863 di Kudat. Ayahnya Saudagar Kee Vun Sai, seorang pedagang Cina dari Brunei. Beliau sebenarnya berasal dari Hainan, China. Di Brunei, Kee Vun Sai berkahwin dengan orang Dusun Tutung (Brunei) yang bernama Kipas. Kemudiannya keluarga Kee Vun Sai berpindah, berniaga dan menetap di Sabah. Ketika berusia 31 tahun, pada tahun 1885 beliau berdagang dan terlibat dalam tragedi iaitu kapalnya karam di perairan Kudat. Beliau telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Hussein semasa hanyut di laut pada ketika itu, bapa beliau, Saudagar Kee Kim Swee pula mati lemas dalam tragedi hitam itu. 
Pak Ibrahim seorang penduduk kampung di Bandau, 
Kota Marudu berbangsa Melayu Suluk, memeliharanya sebagai anak angkat.  Kee Kim Swee terbuka hidayah memeluk agama Islam. Beliau yang fokus, gigih berlatih serta berwawasan ini telah mempelajari Islam dan bahasa Arab dengan baik daripada guru-guru Arab yang berdakwah di Kota Marudu ketika itu. Beliau memilih Abdullah sebagai nama Islam beliau dan seterusnya dikenali sebagai Kee Abdullah. 
Ketika beliau berumur 31 tahun juga, beliau memulakan kerjaya beliau di dalam jabatan kerajaan sebagai kerani di Sandakan dan kemudiannya ditugaskan di Silam.



KEPIMPINAN

Pada mulanya beliau adalah kepercayaan pihak Inggeris dengan perlantikan sebagai pegawai kerajaan Inggeris yang pertama ditugaskan di Tawau pada 1894. Kemudian beliau menjadi sebahagian masyarakat Melayu dan masyarakat Islam melalui perkahwinan dan hubungan keluarga. Sebagai seorang yang terpelajar, beliau bersama-sama dengan Imam Mustapa dan Habib Sheikh menjadi rujukan dan harapan masyarakat Melayu di Tawau ketika itu. 
Kee Abdullah juga pernah terlibat dalam usaha mewujudkan sebuah pekan baru iaitu Pekan Tawau yang baru di sebuah tempat yang lebih strategik iaitu di sebuah tempat yang dikenali sebagai 'Tanjung' untuk menggantikan pekan lama iaitu 'Tawau Lama' yang tidak sesuai lagi untuk dijadikan pusat ekonomi bandar. Usaha ini sebagai langkah untuk menjadikan Tawau sebagai pekan yang lebih luas dan selesa menjadi pusat perdagangan dan perniagaan memandangkan Tawau Lama ketika itu agak sempit dan dipenuhi dengan rumah-rumah kampung masyarakat tempatan. Oleh kerana beliau sangat dihormati oleh masyarakat Melayu dan juga mendapat kepercayaan British, beliau telah dilantik menjadi Ketua Masyarakat menggantikan Imam Mustapa. Seterusnya jawatan ketua masyarakat ini telah digantikan dengan jawatan baru yang dikenali sebagai Orang Kaya Kaya atau OKK. Kee Abdullah telah diberi penghormatan untuk pertama kalinya memegang jawatan yang baru ini dan selepas itu beliau dikenali sebagai OKK Kee Abdullah. Beliau terus memegang amanah untuk memikul tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Anak Negeri merangkap Penghulu atau Ketua Masyarakat sehinggalah akhir hayat beliau dan jawatan ini diteruskan pula oleh anak beliau sendiri iaitu OKK Abu Bakar seorang pemimpin yang berwibawa , berjasa , dihormati serta disayangi oleh masyarakat Melayu Tawau ketika hidupnya.
OKK Kee Abdullah meninggal dunia pada tahun 1936 ketika berusia 73 tahun setelah lama menyumbangkan jasa dan berbakti kepada bangsa Melayu Tawau selama puluhan tahun. Semasa beliau meninggal dunia, nama beliau sangat dihormati oleh masyarakat Melayu Tawau dan beliau terus dikenang kerana jasa-jasa beliau. Kerana itulah juga anak beliau, Abu Bakar Abdullah dilantik menggantikan beliau sebagai Orang Kaya-Kaya (OKK) atau Penghulu merangkap Ketua Masyarakat Melayu Peribumi (Native Chief). Kini, nama Kee Abdullah telah diabadikan di sebuah jalan di bandar Tawau sempena memperingati jasa-jasa kepada masyarakat dan penduduk di Tawau ini.
Pada ketika ini, keturunan Kee Abdullah masih lagi menyumbangkan jasa dan bakti kepada rakyat Malaysia di Tawau. Antaranya ialah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Adun Apas merangkap Pembantu Kewangan Ketua Menteri iaitu cicit beliau yang merupakan anak kepada Kee Hafsah binti Kee Abu Bakar. Selain itu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, K.Y. Mustafa juga adalah cicit beliau iaitu anak kepada Kee Yusuf bin Kee Suleiman. Manakala Ketua Anak Negeri Tawau kini iaitu Kee Ayub bin Kee Abu Bakar adalah cucu beliau sendiri.

No comments:

Post a Comment